
Kita juga telah mengetahui bahawa antioksidan adalah penting dan sumber utamanya adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi mengapa kita masih perlu memakan suplemen? Buang duit aje kan? Rileks dulu bro, mari kita kaji beberapa fakta sebelum kita membuat apa-apa kesimpulan ya.
Dari suratkhabar rasmi True Health keluaran Usana:Ini adalah kerana:
1. Pemilihan Makanan dan Tabiat Memakan
Kita tidak memakan semua jenis makanan yang diperlukan, kita hanya memilih beberapa jenis makanan yang kita suka. Contohnya bayam memang penuh dengan zat, tetapi kalau hanya makan bayam sahaja, Popeye pun tidak semestinya sihat.
2. Terlampau MasakSuhu yang terlalu tinggi akan merosakkan zat makanan yang berharga. Namun kita suka mendidih, menggoreng, memanggang, dan menggrilmakanan kita supayanya lebih sedap walaupun pada masa yang sama banyak nutrient sudah hilang.
3. Kandungan Zat Makanan yang PelbagaiMakanan yang sama, sekiranya ditanam di tempat yang berlainan dan musim yang berbeza atau diproses pada tahap yang berlainan, akan membekalkan nutrien yang sangat berlainan.
Paling best…
Eloklah jika anda sudah memakan sebiji oren. Tetapi tahukah anda? Kemungkinaan oren yang anda makan tadi kandungan zatnya 5 kali lebih rendah daripada oren yang satu lagi?
Saya memang amat bersetuju dengan padangan ini. Bukan main susahnya nak memastikan kandungan zat sesuatu makanan itu dengan sendirian. Dengan teknologi yang ada, Usana telah pun memastikan khasiat dalam setiap botolnya memang sama untuk setiap tablet. Tambahan pula makanan kita bukan lagi asli seperti dahulu kerana ia dicemari dengan racun perosak, diberi baja kimia malah ada juga yang telah diubah struktur DNAnya bagi menggalak pertumbuhan! Dewasa ini faham-fahamlah permintaan bagi bahan makanan terlalu tinggi sehingga pengeluaran mesti dipertingkatkan. Ini semua akan mengorbankan kandungan zat di dalam makanan kita. Kualiti ditukar kepada kuantiti.
Tapi nanti dulu. Apalah sangat pendapat dan pandangan saya kan? Saya bukannya seorang dukun, pawang, tok batin apatah lagi doktor. Saya hanyalah seorang insan yang menjalankan perniagaan yang kebetulan berkait rapat dengan kesihatan manusia (Usana Independent Distributor). Jadi apa kata kita mempertimbangkan pandangan dari mereka yang benar-benar layak. Pertimbangkan jurnal perubatan dari Persatuan Perubatan Amerika Syarikat (Journal of American Medical Association – JAMA) ini:
Bukan gurauan ok? Kalau bukti ini masih belum dapat menukar pandangan anda, pertimbangkan kata-kata doktor-doktor ini pula:
Adakah terdapat apa-apa makanan semula jadi dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh badan manusia?
Herba dari puncak gunung; alga dari dasar laut; akar dari hutan belantara… semua orang mencari-cari “ubat yang ajaib” bukan?
Penokok diet sedemikian, seperti ubat herba, mungkin boleh menolong sesetengah isu kesihatan tertentu. Tetapi memang tiada apa-apa makanan semula jadi yang dapat membekalkan vitamin, galian dan antioksidan yang pelbagai dalam jumlah dan keseimbangan yang diperlukan oleh badan manusia.
Oleh yang demikian, ia tidak dapat menggantikan penokok zat yang berspektrum luas dan baik yang diperlukan oleh badan setiap hari. Berikut adalah 5 soalan yang perlu dijawab sebelum kita memilih suplemen kerana tidak semua suplemen sama.
1. Lengkap? “Sedikit daripada setiap nutrien adalah lebih baik daripada satu dua nutrien yang banyak” Diet yang baik harus mempunyai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh badan seperti vitamin, galian dan bahan anti-pengoksidaan seperti bioflavanoids, asid alfa lipoik dan koenzyme Q10. Banyak di antara formula “multi” di pasaran adalah tanpa nutrien yang lebih berharga. 2. Seimbang? “Nutrien akan bertindak bersama-sama serentak, bukan sendirian” Penokok zat yang baik dapat memberi nutrien yang seimbang supaya badan kita dapat menikmati kebaikan serentak. Formulasi yang tidak seimbang membawa mudarat, kerana jumlah sesuatu nutrien yang berlebihan dalam badan mungkin akan menghalang penyerapan nutrien yang lain. 3. Mujarab? “Apa-apapun kalau terlampau banyak membawa mudarat. Tetapi kalau tidak cukup pula tidak berkesan” Sebenarnya badan kita memerlukan jumlah mikronutrien yang sedikit sahaja (lazimnya ribuan dari satu gram setiap hari). Walau bagaimanapun, penokok zat yang baik patut memberi jumlah zat yang secukupnya untuk menjaga kesihatan badan. Jumlah ini biasanya lebih tinggi daripada RDA’s (Cadangan Peruntukan Diet) dan boleh dianggap sebagai tahap terendah untuk pencegahan penyakit kurang zat. 4. Bio-Wujud? “Apa-apa yang tidak dapat diserap dan diguna akan dibuang begitu sahaja.” Vitamin dan galian mungkin wujud dalam bentuk yang berbeza-beza, di antaranya ada yang lebih senang diserap dan digunakan oleh badan berbanding dengan yang lain. Penokok zat sepatutnya wujud dalam bentuk ‘bio-wujud’, sebagai contoh, galian campuran, iaitu galian yang bergabung dengan asid amino, adalah lebih senang diserap berbanding dengan garam galian. | 5. Selamat? “Yang paling penting ialah ianya tidak menggugat kesihatan” Suatu Penokok Zat yang baik akan mengelakkan kewujudan nutrien seperti Besi dan Vitamin A yang boleh membawa kemudaratan buat tempoh masa yang panjang. Ia juga dihasilkan mengikut piawai yang akan menjamin ketulenan dan kesamaan setiap tablet. Produk yang terbaik adalah produk yang dihasilkan berdasarkan piawai farmaseutikal. ![]() |
Bersambung........ bahagian 3
No comments:
Post a Comment