
Pada saya, sebab ia dinamakan Perfect adalah kerana ia merupakan gabungan multivitamin, mineral dan antioksidan yang paling mantap untuk mencegah dan mengubati kebanyakan penyakit kronik masa kini. 100 pula merujuk kepada points yang didapati oleh pengedar yang membuat autoship dengan produk ini. (akan dijelaskan lagi dalam artikel yang lain). Jadi mari kita melihat produk Essentials dahulu.

Menurut flyer rasmi Usana, Essentials adalah “satu formula komprehensif yang merangkumi spektrum luas vitamin, mineral dan kofaktor yang penting untuk kesihatan optimum secara jangka panjang. Mengandungi siri antioksidan untuk melindungi badan daripada tekanan pengoksidaan.” Jadi secara keseluruhannya kita makan Usana Essentials ini untuk mendapatkan kesihatan yang optimum dan melindungi diri kita daripada tekanan pengoksidaan.
Kita sedia maklum frasa kesihatan optimum tetapi apakah itu tekanan pengoksidaan? Ini suatu terma yang baru bagi kita. Mengapa perlu kita dilindungi darinya? Bagaimana tahap bahayanya kepada kita? Saya boleh menyuruh anda untuk search dalam Google sahaja sebenarnya, tapi saya taklah sekejam itu.:) Biar saya mempermudahkan anda. Wikipedia menyatakan bahawa “tekanan oksidatif adalah satu keadaan di mana jumlah radikal bebas di dalam tubuh melebihi kemampuan tubuh untuk meneuteralkannya.
Akibatnya, peningkatan proses pengoksidaan sel-sel tubuh normal menjadi semakin tinggi dan menimbulkan kerosakan yang lebih banyak. Penulisan perubatan membuktikan bahawa tekanan oksidatif adalah penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Tekanan oksidatif dapat dicegah dan dikurangi dengan pengambilan antioksidan yang cukup dan optimal ke dalam tubuh”.
Dari ayat ini sahaja kita telah mengetahui betapa bahayanya tekanan oksidatif ini iaitu penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah (kanser), penyakit jantung, alzheimer dan lain-lain. Persoalan saya ialah kenapa tidak pernah seorang pun doktor yang saya jumpa (percayalah saya memang selalu jumpa doktor) menerangkan tentang tekanan oksidatif kepada saya sebelum ini kalau ianya begitu berbahaya?
Barangkali ada doktor dari kalangan pembaca boleh menjawab soalan saya ni. Selain itu ayat ini juga menerbitkan satu lagi terma yang asing bagi kebanyakan kita iaitu radikal bebas. Apa la pulak radikal bebas ni? Menurut flyer True Health Usana, “radikal bebas merupakan molekul yang membawa banyak kerosakan. Memandangkan radikal bebas kekurangan satu elektron, lantas mereka akan mencuri elektron daripada molekul lain yang sihat. Jadi molekul yang sihat ini akan dirosakkan dan menjadi radikal bebas juga. Ini akan membawa kerosakan secara berterusan kepada pelbagai sel di dalam badan manusia.
Radikal bebas mungkin berpunca dari alam persekitaran kita. Ia juga mungkin dihasilkan semasa badan kita membakar makanan untuk menghasilkan tenaga. Kita tak dapat mengelakkannya, tetapi kita boleh meneutralkan tindakannya”.
Menariknya dalam pernyataan ini adalah kita tidak akan dapat mengelakkannya. Cuma mungkin cepat atau lambat proses kerosakan hasil dari jangkitan radikal bebas kepada atom-atom sihat yang lain yang akan dilalui seseorang bergantung kepada tabiat pemakanannya dan persekitarannya. Pernyataan ini juga memberikan kita satu jalan penyelesaian untuk memerangi ancaman radikal bebas ini iaitu melalui pemakanan antioksidan. Jadi di manakah peranan antioksidan dalam menangani masalah ini?
Menurut True Health lagi “makanan-istimewanya buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan pelbagai jenis bahan anti pengoksidaan, yang dapat menderma elektron mereka yang berlebihan untuk meneutralkan radikal bebas. Dengan cara memakan pelbagai jenis makanan yang sihat, badan akan dibekalkan dengan nutrien yang diperlukan untuk memperbaiki dan menghasilkan semula sel yang rosak. Dengan adanya nutrien yang sesuai, sel badan manusia akan hidup seumur hidup kita”. Ok sekarang baru kita faham dari pernyataan ini bahawa makanan yang mempunyai nutrisi adalah antioksidan. Keadaan kesihatan sel-sel di dalam tubuh kita adalah bergantung kepada berapa banyak radikal bebas yang dapat dineutralkan oleh antioksidan yang kita ambil.
Sekarang kita sudah pun jelas tentang watak-watak seperti antioksidan, radikal bebas, tekanan pengoksidaan serta peranan mereka dengan tahap kesihatan kita. Bagaimana pula kita nak memastikan bahawa apa yang kita makan mengandungi antioksidan yang mencukupi untuk memerangi radikal bebas demi menjaga kesihatan kita? Saya akan menyambung perbincangan kita ini dalam bahagian kedua artikel Usana Perfect 100 Pack, Satu Kajian Dan Ulasan ini kelak.
No comments:
Post a Comment