Tahukah anda bahawa terdapat 400 spesies mikroorganisma yang mendiami pelbagai ruangan di dalam sistem pencernaan manusia yang jika dikumpulkan akan mempunyai berat sebanyak hampir 2 kg? Terdapat beberapa bakteria dari sini seperti spesies lactobacilli dan bifidobacteria yang bermanfaat kepada kesihatan dan berupaya untuk meningkatkan keupayaan sistem imun kita.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kemusykilan dan minat di dalam makanan tambahan probiotic kerana keupayaannya untuk meningkatkan tahap kesihatan. Terma probiotic merujuk kepada “untuk kehidupan”. Terdapat dua jenis bakteria, bakteria baik dan bakteria jahat. Bakteria jahat adalah mikroorganisma yang berbahaya seperti yis, fungi dan parasit yang menjadi punca penyakit. Manakala probiotik pula menyumbang kepada kesihatan dan keseimbangan di dalam perut dan dikenali sebagai bakteria baik.
Pakar pemakanan klinikal, Dr Bhavi Mody berkata “Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang sama seperti yang ditemui di dalam sistem penghadaman. Hari ini, makanan tambahan probiotik boleh didapati di dalam bentuk tablet dan kapsul.” Pakar zat klinikal Dr Sunita Dube pula berkata “Makanan seperti yogurt, susu mentega, krim masam dan produk berasaskan soya seperti tauhu, susu kacang soya dan lain-lain mengandungi organisma probiotik seperti bahan makanan yang ditapaikan.
Bagaimana makanan tambahan probiotik dihasilkan? Makanan tambahan probiotik dihasilkan dengan cara reaksi kimia dari asid laktik bakteria, yis atau kombinasi kedua-duanya. Mikroorganisma yang bermanfaat ini membantu dalam pemecahan karbohidrat dan gula bagi membolehkan ia dicernakan dengan mudah dan lebih berkhasiat.
Kenapa probiotik penting untuk kesihatan? Flora alam perut adalah ekologi segala mikroorganisma yang hadir dalam tubuh. Ekologi ini kadangkala dimusnahkan oleh ubat-ubatan antibiotik, dadah, penyakit, alkohol dan juga stress. Walaupun antibiotik diberi oleh doktor untuk mengubati penyakit, pengambilannya secara kerap akan memusnahkan bakteria baik di dalam perut dan usus, yang akan memberi kesan buruk kepada sistem pencernaan dan keupayaan penyerapan khasiat di dalam tubuh badan. Penggunaan antibiotik dalam jangkamasa panjang akan mencegah kelahiran semula bakteria baik ini. Di sini probiotik memainkan peranan yang penting dalam membantu penambahan bilangan bakteria baik di dalam tubuh badan.

Dr Dube berkata makanan tambahan probiotik meningkatkan keupayaan sistem imun, penyerapan kalsium dan pencegahan elergi. Ia juga membantu dalam mengubati cirit-birit. Jika seorang wanita yang mengandung memakan makanan tambahan probiotik sebulan sebelum kandungannya lahir, ini akan membantu melindungi anaknya yang baru lahir dari mendapat elergi pada tahap yang tertentu. Bayi yang berumur enam bulan dan ke atas juga patut diberi makanan tambahan probiotik untuk membina kekuatan sistem imunnya.
Walaupun makanan tambahan probiotik adalah bermanfaat kepada kesihatan, seseorang yang mahu menambahnya di dalam pemakanan mesti melakukannya secara beransur-ansur. Seorang yang tahap kesihatannya normal boleh memakan makanan tambahan probiotik yang mengandungi mikroorganisma hidup setiap hari. Orang yang menghidap penyakit seperti kanser, kencing manis atau HIV positif mesti mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengambil makanan tambahan probiotik secara tetap, ujar Dr Mody lagi.

Dr Krishnan memberikan garis panduan dalam membeli makanan tambahan probiotik:
- Produk yang dipasteur atau disimpan di dalam peti sejuk akan mengandungi sedikit sahaja bakteria aktif.
- Wanita mengandung perlu memakan makanan tambahan probiotik selepas mendapat nasihat doktor.
- Penggunaan makanan tambahan probiotik dalam mengubati sebarang penyakit perlu dipantau doktor.
- Carilah produk yang mengandungi bakteria yang hadir pada semasa ia dimakan dan bukan pada masa ia didapati atau dibeli. Lihat pada label tentang perkara ini.
- Simpan makanan tambahan probiotik seperti dadih di tempat yang sejuk dan kering seperti peti sejuk.
- Terdapat banyak makanan yang dikomersialkan sebagai kaya probiotik, tetapi kita perlu memilih dengan teliti kerana ada di antaranya yang mempunyai kandungan gula yang tinggi tetapi kandungan vitamin dan mineral di dalamnya pula amat rendah.
- Satu lagi perkara yang perlu kita hati-hati ialah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh industri makanan di dalam pengiklanan produk-produk mereka. Dalam kebanyakan iklan-iklan ini, faedah produk tersebut terlalu digembar-gemburkan tanpa mengemukakan sebarang bukti atau kajian yang berkaitan.
Nota: Usana kini mengeluarkan produk makanan tambahan Probiotik iaitu Usana Probiotic Plus Food Supplement. Ia adalah produk terbaru Usana yang telah dilancarkan pada bulan Januari tahun 2011. Usana Probiotic mempunyai 12 billion bakteria (ya, 12 billion!) pembentuk koloni dalam setiap hidangan untuk membantu kesihatan sistem pencernaan dan meningkatkan keupayaan sistem imunisasi bagi mencegah penyakit. Sudahkah anda mendapatkannya? Hubungi saya sekarang juga kalau nak order.

No comments:
Post a Comment