iklan

Wednesday, June 29, 2011

hukum bisnes mlm

Soalan: Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?
Jawapan:
Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.
Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
  1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
  2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
  3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.
Saling meredhai
Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).
Syarat-syarat bagi akad perniagaan
Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah:
  1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
  2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.
  3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
  4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
  5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
  6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.
Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan
Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu:
  • Membantu kepada perbuatan maksiat
  • Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan
  • Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasan
  • Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)
Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;
  1. Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
  2. Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
  3. Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;
    • Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
    • Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
    • Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
    • Mengurangi timbangan
  4. Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)
    Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.
    Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.
Syarat-syarat yuran keahlian
Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
  1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
  2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
  3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
  4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.
Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).
Bonus
Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah:
“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)
Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya:
  1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
  2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
  3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)
Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.
Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia) (dan saya Don’t Stress di syarikat Kenshido Int.), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut:
  1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
  2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
  3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
  4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.
Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji'alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.
Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus
Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.; "Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).
Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji'alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.
Jauhi “Sistem Piramid”
Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:
  1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
  2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
  3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
  4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
  5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
  6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)
Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.
Harga barangan/produk
Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya: “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).
Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
  • Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
  • Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.
Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Thursday, June 9, 2011

TURUNKAN BERAT BADAN 5KG DALAM MASA 5 HARI DGN NUTRIMEAL USANA

Nak tau betul ke tak ... tu kena cuba. Insyaallah if ikut cara yang saya sarankan, insyallah turun. Banyak dh testimoni. Nanti sy citer lak background comp ni. Ni nk bulan pose, if amik nutrimeal ni sahur dan buka pose .. lg power insyaallah. Satu lg walaupun sahur ngan nutrimeal, tak keletihan. Perut tak keroncong. Nak tau sebab apa? nutrimeal usana mempunyai nilai glysemic yg sangat rendah iaitu 23..ini bermakna ia tahan lebih lama di dalam badan untuk mengelakkan rasa lapar..

Cara nak beli leh gi blog saya. Sy explain sikit. Confirmkan oder dulu, pastu bank in. Payment clear baru sy leh pos coz dh ada kes penipuan.

Badan kita memerlukan nutrien makanan utk keseluruhan proses yg berlaku dlm badan. Exercise merupakan salah satu cara yang amat baik utk membantu menurunkan berat badan

Nutrimeal USANA merupakan satu lg ciptaan para saintis utk menurunkan berat badan. Saya citer background comp dan pengasas dulu bg semua faham.

USANA sudah beroperasi selama 15 tahun di 13 buah negara dan baru sahaja melebarkan sayapnya di Malaysia pada Januari 2007. USANA diiktiraf sebagai syarikat no. 1 selama 9 tahun oleh majalah Network Marketing Today dan produknya juga telah diiktiraf sebagai produk no. 1 mengalahkan 1500 jenama produk yang lain!

Diasaskan pada tahun 1992 oleh Dr Myron Wentz - Seorang pakar mikrobiologi dan immunologi yang telah memenangi anugerah Albert Einstein. Memegang rekod menternak sel darah manusia di luar badan manusia selama 40 tahun tanpa sebarang jangkitan.
Dipilih 'The #1 Distributor's Choice' -9 tahun berturut-turut oleh Network Marketing Today.

Produk USANA tersenarai di dalam Master Index of Medical Specialties (MIMS) iaitu buku rujukan doktor dalam memberi ubat kepada pesakit. Tiada produk syarikat MLM/Network Marketing lain tersenarai

Produk Multivitamin USANA telah memenangi tempat #1 di dalam buku 'Comparative Guides to Nutritional Supplements' di semua edisi (edisi 1 sehingga edisi 4).

Produk-produk USANA tidak mengandungi bahan kimia, dadah dan PARABEN (penyebab KANSER)

Produknya banyak membantu pesakit seperti diabetes(kencing manis), gout, darah tinggi, kanser dan lain-lain.

Mendapat pujian dari Consumer Lab tentang kebaikan dan mutu produk USANA

Mendapat rating 5 star oleh Comparative Guide To Nutritional Supplements


So semasa program reset 5 hari, diganti dengan nutrimeal+essentials+proflavanol, ianya mencukupi utk keperluan badan. Anda tidak berdiet dgn cara yang salah kerana nutrien yg diperlukan badan diganti dengan baik nutrimeal dlm masa 5 hr.

TURUNKAN BERAT BADAN 0.5KG-1KG/1 HARI DGN NUTRIMEAL USANA

Progrm diet USANA mampu menurunkn 0.5 kg-1kg sehari...caranya dengan mengambil NUTRIMEAL + ESSENTIALS + PROFLAVANOL...

Kini .. dalam bentuk package percubaan untuk 5 hari ini....dengan hanya RM170.00 dimana anda perlukan 1 tin susu nutrimeal, 15 biji AO Pro 15 biji Chelated Mineral (ESSENTIALS) dan 10 biji proflavanol..
Essentials dan proflvanol ini penting sebagai backup kepada sel badan semasa program diet supaya ia kekal sehat kerana ketika diet kita terpaksa mengurangkan pengambilan makanan...


NUTRIMEAL USANA ADA DALAM 2 PERISA COKLAT DAN VANILA


FUNGSI ESSENTIALS:

Menurunkan BERAT BADAN.
Meningkatkan keimunan badan manusia.
Membaiki sel-sel manusia yang telah rosak akibat radikal bebas (asap rokok, pencemaran udara & lain-lain).
Menurunkan paras KOLESTROL badan.
Seimbangkan tekanan darah dalam badanMengawal kandugan gula dalam badan.
Mengurangkan risiko SERANGAN JANTUNG,STROK dan KANSER.
Mengurangkan risiko ASMA.Membuang TOKSIK dalam badan..

FUNGSI PROFLAVANOL:
Menyembuhkan masalah rambut gugur.
Pemangkin kepada essential.Untuk memperbaiki sel .
Meneutralkan radikal bebas.Meningkatkan daya ingatan.
Memutihkan kulit.
AWET MUDA dan membantu masalah kulit (JERAGAT)
Menyembuhkan masalah DARAH TINGGI dan KENCING MANIS

Uniknya nutrimeal usana adalah ia mempunyai nilai glysemic yg sangat rendah iaitu 23..ini bermakna ia tahan lebih lama di dalam badan untuk mengelakkan rasa lapar..

Atau anda boleh mendapatkan full package nutrimeal, essentials dan proflavanol dengn harga:

NUTRIMEAL RM 132.00
ESSENTIALS (2 BOTOL) RM RM 233.00
PROFLAVANOL RM 153.00

Pengambilan reset 5 hari :1 hari 3x minum nutrimeal...setiap kali minum ambil AO PRO sebiji Chelated Mineral sebiji...klau nak boleh juga ambil proflavanol sebiji (tapi cuma 2x sehari)..pantangnya dalam 5 hari jgn ambil nasi langsung kerana nasi high karbohidrat...pengambilan air bergula (manis2) dikurangkan sama sekali sebab ketika ni badan anda akan di ‘reset’ semula...

Sunday, May 29, 2011

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!

Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”
(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)
Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini -faizal

Saturday, May 28, 2011

1 negatif, 10 positif yang menunggu

permulaan yg sgt mencabar
ini sume sbg satu pengalaman yg amat berharga
ini sume wajib dilalui sesiapa shj memulakan pernigaan
aku happy apabila ada satu yg negatif
kerana ada 10 lagi positif yg menuggu
hanya fikir kau boleh lakukan
semangat yg penting

Monday, May 16, 2011

Usana Cellular Nutrient Supplements

Tahukah anda dalam satu kajian epidiemologi yang telah dijalankan ke atas sejumlah besar sample menunjukkan suatu persamaan dimana individu yang memiliki kandungan antioksidan yang tinggi di dalam tubuh mereka berupaya mengurangkan risiko serangan penyakit degenerative seperti kanser, penyakit jantung, diabetis bahkan Alzheimer sehingga 2- 3 kali ganda berbanding mereka yang rendah kandungan antioksidannya.
Ini hanya boleh dicapai jika anda mampu memakan lebih banyak buah-buahan dan sayur- sayuran segar yang mengandungi sejumlah besar antioksidan. Oleh yang demikian sekiranya anda telah disahkan mengidap penyakit seperti jantung, kanser atau pernyakit degeneratif lain, lazimnya doktor akan menasihati supaya memakan lebih banyak sayur- sayuran dan buah- buahan segar sekurang- kurangnya 8 hingga 12 hidangan setiap hari.
Perkara terbaik seterusnya yang anda boleh lakukan ialah pengambilan supplemen bermutu tinggi, lengkap dan seimbang yang dapat membekalkan “cellular nutrient”.
“Cellular nurient” ditakrifkan sebagai menyediakan SEMUA mikronutrien kepada sel- sel tubuh pada tahap yang optimum. Ianya telah terbukti memberikan manfaat kesihatan sebagaimana dibuktikan dalam semua kajian perubatan. Dengan kata lain supplemen anda mestilah seimbang dan lengkap seperti diet yang sihat.Realiti kehidupan hari ini di mana kita tinggal di persekitaran yang tercemar, gaya hidup penuh stress dan pengunaan ubat- ubatan secara berlebihan tidak memungkinkan kita memperoleh bekalan nutrien yang lengkap daripada sumber diet sahaja.
Konsep pengambilan supplemen “ cellular nutrient” secara teratur telah terbukti dalam kajian- kajian perubatan menunjukkan ianya dapat membina sistem imunisasi tubuh, meningkatkan sistem antioksidan dan sistem pemulihan tubuh.
Produk kesihatan USANA seperti Usana Essential, Bio Omega3 dan Active Calcium adalah produk- produk “ cellular nutrient”. Pengambilan secara teratur Usana Essential, Bio Omega 3 dan Active Calcium akan melengkapkan kekurangan nutrien dalam sistem sel tubuh anda. Anda tidak perlu bimbang lagi tentang masalah kekurangan nutrien kerana kombinasi produk ini sememangnya telah lengkap. Malahan selepas pengambilan berterusan selama 6 bulan paras nutrien dalam tubuh anda akan berada pada paras paling optima. Hasilnya ialah kesihatan yang jauh lebih baik, malahan dalam kebanyakan kes simpton penyakit- penyakit kronik akan berkurangan atau sembuh sama sekali.
Jelas sekali bahawa konsep supplemen “ cellular nutrient” ialah tentang menjadi sihat secara semulajadi dengan membekalkan tubuh anda supplement yang terbaik pada kadar yang tepat untuk membolehkan tubuh berfungsi pada tahap optima. Dalam perkara ini USANA menjamin bahawa produk- produk mereka dibuat menepati piawaian “ pharmaceutical grade” yang paling ketat untuk memastikan bahawa setiap produk adalah lengkap dan seimbang. Produk yang lengkap dan seimbang akan membolehkan anda memperoleh faedah “ cellular nutrient” dengan lebih mudah.
Kesimpulannya setiap individu baik lelaki, wanita mahupun kanak-kanak perlu sekurang- kurangnya mengamalkan kombinasi diet yang sihat, bersenam secara teratur dan mengambil “cellular nutrient” supplement supaya terhindar daripada penyakit kronik degeneratif. Bahkan sekiranya anda telahpun mengidapi penyakit- penyakit degeneratif pengambilan “ cellular nutrient” supplemen seperti Usana Essential, Bio Omega 3 dan Active Calcium tetap memberikan manfaat.







Usana Essential Set







Usana Bio Omega 3







Usana Active Calcium


PS: Jangan bertangguh lagi untuk mendapatkan produk USANA. Ianya telah berada di pasaran USA selama 18 tahun dan di Malaysia semenjak 3 tahun lepas (2007). Produk ini telah mendapat kelulusan daripada KKM dan pengesahan halal. Produk Usana juga bebas kandungan dadah dimana ianya telah digunakan oleh atlit- atlit handalan di USA. Di Malaysia produk Usana digunakan oleh skuad badminton dan lumba basikal negara

Khasiat Bio Omega 3 untuk Kesihatan





Assalamualaikum semua,
Posting kali ini saya akan menampilkan produk USANA Bio Omega 3.
Omega-3 telah lama diketahui sebagai pencegah kanser, untuk menurunkan berat badan dan bahkan mampu merawat kemurungan.

Berikut ini penerangan secara ringkas bagaimana Omega 3 minyak ikan berfungsi.
Sebagaimana anda maklum, keradangan ( inflamation) adalah punca semua penyakit kronik. Jika punca keradangan dapat dicegah, maka risiko terkena penyakit kronik akan dikurangkan secara drastik. Omega 3 pada minyak ikan telah lama diketahui mengandungi bahan anti keradangan.
Banyak kajian mutakhir menunjukkan Omega 3 mampu bertindak menghalang enzim yang menjadi punca keradangan. Malah Omega 3 pada minyak ikan juga didapati mengaktifkan hormon yang membantu tubuh menurunkan tahap keradangan.
Selain membantu mencegah keradangan minyak ikan juga akan membuat sel lebih elastik dan fleksibel. Sel yang elastik amat penting kerana sel yang kurang elastik lebih mudah menghadapi masalah seperti pengerasan arteri atau kesakitan pada sambungan sendi ( sakit sendi). Ini kerana bahagian luar
lapisan sel sebahagian besarnya terdiri dari lemak. Jika itu lapisan lemak terdiri daripada "lemak jahat" seperti lemak tepu dan trans fat maka sel tersebut akan menjadi keras, sebaliknya jika ianya terdiri daripada “lemak baik” seperti ianya menjadi fleksibel dan elastik.
Selain itu minyak ikan juga telah terbukti mampu berfungsi sebagai pembakar lemak. Banyak kajian memberi keputusan secara konsisten bahawa minyak ikan membakar lemak tanpa meninggalkan kesan sampingan yang tak diingini. Satu kajian yang pernah diterbitkan dalam American Journal of Clinical mendapati pengambilan minyak ikan dan bersukan mampu meningkatkan kadar pembakaran lemak sehingga tiga kali ganda berbanding mereka yang hanya bersukan tanpa mengambil minyak ikan. Penyelidikan yang lain pula menunjukkan Omega 3 menghalang enzim yang memyebabkan tubuh menyimpan lemak.
Satu lagi kelebihan Omega 3 minyak ikan ialah menurunkan kolesterol dalam darah. Umum mengetahui bahawa Triglycerides adalah jenis lemak di dalam darah yang bertanggungjawab meningkatkan risiko penyakit berkaitan jantung ( cardiovascular). Omega 3 di dalam minyak ikan telah terbukti mampu menurunkan paras Triglycerides dalam darah sekaligus menurunkan paras kolesterol.
Selain membakar lemak dan menurunkan kolesterol satu kajian lain juga mendapati Omega 3 pada minyak ikan mampu mengurangkan kemurungan. Omega 3 didapati mampu membuatkan sel- sel otak berfungsi dengan lebih baik seterusnya menghilangkan simpton- simpton kemurungan. Sebagaimana omega 3 membuatkan sel tubuh fleksibel ianya juga membantu sel otak berfungsi menghasilkan lebih banyak hormon yang membuatkan anda lebih tenang. Hasilnya ialah mood yang lebih baik, mengurangkan kebimbangan dan juga kemurungan.
Satu hasil kajian yang diterbitkan oleh Archives of General Psychiatry melaporkan 64 pesakit kemurungan menunjukkan kesan pemulihan yang amat menggalakkan setelah diberikan minyak ikan.
Jelas bahwa minyak ikan mampu menawarkan pelbagai kelebihan. Namun untuk mendapatkan manfaat omega-3 ada beberapa panduan penting perlu diikuti. Pastikan produk yang diambil selamat, halal dan terbukti keberkesanannya. Pakar- pakar pemakanan umumnya mengsyorkan pengambilan tambahan Omega 3 untuk menampung kekurangan asid lemak Omega 3 daripada diet harian kita.
Berikut ini dinyatakan beberapa kelebihan produk Usana Bio-Omega 3 berbanding jenama- jenama lain dipasaran:
  1. Sumber diperolehi daripada ikan air sejuk yang secara semulajadi kaya dengan asid lemak Omega 3.
  2. Usana Bio Omega 3 dikilangkan dengan teknologi tercanggih “double molecullar distillation” demi memastikan ianya bebas daripada pencemaran disamping memelihara keasliannya. Proses ini juga memastikan semua logam berat, PCB dan sisa toksik organik disisihkan. Usana BioOmega 3 tidak mengandungi trans fatty acid.
  3. Walaupun menjalani proses penyulingan namun Usana Bio Omega 3 tetap mengekalkan kandungan vitamin D. Setiap kapsul Usana Bio Omega 3 mengandungi 200IU vitamin D.
  4. Diadunkan dengan limau untuk menghilangkan rasa hanyir ikan.